thanks sweetie ! :)

Explore it

English French German Spain Italian Russian Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, 21 December 2011

Bertuahnya insan bernama wanita . Alhamdulillah (:


haa , dah baca title post aku untuk hari ni ? apa pandangan anda ? setuju dengan kata-kata aku ? ok2 , yang perempuan mestilah setuju , yang lelaki pula mesti ada yang cebik semacam je kan . sorrylah , aku just bagitaw apa yang aku rasa . ye la , aku kan perempuan , mestilah aku rasa bertuah dilahirkan sebagai perempuan . alhamdulillah , aku bersyukur sebab jadi perempuan . sebab tu aku hairan kenapa dunia zaman sekarang masih ada perempuan yang nak bertukar menjadi lawan jenis mereka ? tidak kah mereka sedar menjadi wanita itu suatu anugerah yang tak ternilai ? ecehh , ayat sastera semacam je aku guna . tapi memang tulah dunia akhir zaman . lelaki mahu bertukar menjadi wanita dan wanita mahu bertukar menjadi lelaki . tidak bersyukurnya manusia seperti ini . nauzubillah . aku minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan ayat aku .






oklah , jom aku share dengan korang sebab apa aku kata jadi wanita itu sebenarnya bertuah ? jeng-jeng-jeng . sabar-sabar . sebelum tu pada kaum lelaki jangan marah ye dengan post ni . haha . aku just berkongsi apa yang aku rasa sepanjang jadi perempuan ni . tak ada niat nak bagi mana-mana lelaki terasa . huhu . jom baca post kat bawah nie . layan ~~


1. wanita boleh menangis di mana-mana dan bila-bila masa sahaja . sebagai contoh , semasa menonton filem touching , perkara normal bila mereka menangis . tapi lelaki ? makk oii , ganas luaran je dalam hati ada taman . nangis tersedu sedan macam budak kecik , tak sesuai dengan badan langsung . hihi




2. wanita boleh berfesyen dengan macam-macam fesyen . fesyen baju kurung contoh nya , mereka boleh memilih macam-macam corak , warna , jenis dan pattern potongan baju yang mereka mahu . baju kurung moden , baju kurung kedah , baju kebaya dan macam-macam lagi . tapi lelaki ? mereka hanya boleh buat baju melayu . kalau ada pattern pun tak banyak bezanya dengan baju melayu lain . lepas tu corak pula tak boleh yang bunga-bunga , colour warna warni ke . huhu .




3. wanita boleh meluahkan rasa sayang pada individu sama jenis dengan mereka tanpa perlu fikir pandang orang lain . mereka boleh berpegang tangan dengan sahabat mereka , bertepuk tampar dan mungkin juga sewaktu mahu berpisah dari kawan-kawan , mereka boleh ucap " I love you " tanpa perlu segan pada siapa-siapa . perkara tu normal dan tak akan ada yang bersangka buruk pada mereka . tapi lelaki ? bila nampak je jalan berpimpin tangan tak pun wish kata-kata sayang pada kaum sejenis , tak sampai sehari tersebarlah cerita yang kurang enak didengar . sabar jelah , hehe .



4.wanita kaum yang lemah , dan bila mereka berada dalam situasi-situasi sukar mereka pasti akan ditolong . contohnya semasa tayar kereta mereka pancit dan tidak tahu bagaimana mahu menukar tayar tersebut . mereka tidak perlu bersusah payah menguruskan masalah itu . hanya perlu keluar dari kereta , buat muka resah , intai-intai pada tayar dan menakjubkan , tak sampai 5 minit akan ada yang datang membantu . nak-nak kalau wanita yang cun dan cantik , mesti ramai yang berhentikan kereta semata-mata nak tolong mereka . mereka tidak perlu menahan kereta lain dan melambai-lambai tangan , hanya perlu 3 langkah mudah sahaja . tapi lelaki ? ishh , mungkin ada yang akan datang menolong tapi kena tunggu lebih lama lagi lah . tu pun lepas puas duk lambai-lambai tangan dan buat muka sedih . lepas tu yang datang tolong tu pun mungkin akan kutuk dalam hati , " benda camni pun tak reti nak buat . " hehe , jangan marah :p




5. wanita boleh berkelakuan seperti lawan jenis mereka . maksud aku kat sini , wanita boleh bersikap sedikit kasar , minat pada perkara-perkara yang sinonim dengan lelaki macam minat pada motor atau skate board . bila mereka minat benda camtu mereka dianggap unik . wanita juga boleh suka pada apa-apa warna ; hitam , merah , biru gelap . tapi lelaki ? mereka ada warna yang sangat pantang dipadankan dengan mereka iaitu warna merah jambu . kaum lelaki juga tidak boleh berkelakuan seperti kaum lawan jenis mereka . sebagai contoh , suka barang-barang make up , lemah lembut , minat kumpul anak patung dan lain-lain . errr , kelihatan menakutkan , bukan ? pantang buat-buat lembut sikit , confirm kena pulau lepas tu . tapi kalau perempuan bila buat-buat kasar masih boleh diterima cuma dianggap kurang sopan . hehe .


6. wanita boleh hidup berdikari . wanita boleh menjadi seorang kakak , adik dan ibu yang baik . wanita mampu hidup berdikari dan dapat menguruskan diri mereka . sebab itulah seorang ibu itu masih mampu menjaga sembilan anaknya dengan sempurna . mereka juga mampu mengurus rumah dengan baik seperti memasak , mengemas rumah , melipat kain , membasuh baju dan menjaga anak setiap hari . tapi lelaki ? benda camtu paling tak mahir . mungkin ada lelaki yang mampu membuat semua kerja tersebut dalam masa sehari , tapi kenyataan hidup sekarang tak ramai . sebab tu ramai lelaki kena kahwin awal , baru boleh hidup terurus . lepas kahwin akan ada yang jaga makan minum , bangun pagi ada orang tolong kejutkan . huhu , sungguh melucukan .


7. wanita boleh bersikap manja , kebudak-budakan atau pun merajuk dengan sesiapa sahaja . mereka sememangnya mempunyai sekeping hati yang sangat sensitif dan suka dimanjakan . perkara normal bila mana perempuan buat-buat merajuk dan mahu dipujuk . tak kiralah dengan kawan sejenis atau pun berlawanan jenis . malah mereka kelihatan comel bila bersikap kebudak-budakan . ehh ye ke ni ? tapi kebanyakan nya macam tulah . merajuk tu comel , tapi kalau dah selalu merajuk tu namanya mengada-ngada . haha . tapi lelaki ? bila mereka merajuk macam mana ? mereka biasanya guna ayat terasa hati , bukan nya merajuk . bila merajuk nampak tak macho la kan ? huhu . lepas tu mereka just boleh merajuk dengan lawan jenis mereka , sebagai contoh dengan gilfriend mereka , barulah ada yang mahu pujuk . kalau dengan kawan-kawan , alaa go to hell la . uisshh , ayat tak leh blah . =.=



8. wanita ada satu kelebihan yang memang tak mungkin ada pada lelaki . wanita boleh dapat cuti free dengan mudah sahaja :D semua wanita akan mengalami coming moon tiap-tiap bulan . alaa , paham-paham je la pe maksud coming moon tu . bila mereka coming moon , ada sebahagian besar daripada mereka mengalami senggugut yang sangat teruk . so mereka ada alasan kukuh nak minta cuti dan tak hadir ke sekolah , kuliah atau pun tempat kerja . tapi lelaki ? errr , jangan kata anda pernah guna alasan nie dah lah . nanti tak saja-saja aku hentak kepala kat lappy . huhu . :p


9. wanita juga tidak boleh dikasari . dikasari kat sini aku nak tekan kan pada kehidupan kat sekolah . zaman sekarang , ada juga wanita yang buat perangai macam lelaki . ponteng sekolah , buli atau apa-apa jelah . tak semua , tapi tak dapat dinafikan memang ada perempuan yang ada masalah disiplin yang biasanya dilakukan oleh lelaki . bila kantoi je , lelaki of course akan di kenakan hukuman rotan . masa tulah gerun semacam je bila bayang rotan tebal 3 inci cikgu disiplin . tapi perempuan senyum meleret , tak perlu bimbang kena rotan . tapi jangan fikirlah anda terlepas , insyaAllah hukuman lain akan menyusul . haha , tulah nakal-nakal lagi ye :p



10. wanita boleh berhias diri mengikut citarasa mereka . mereka boleh make up banyak-banyak . bedak , eyeshadow , eyeliner , gincu , blusher penuh satu beg . pergi mana-mana mesti bawa sekali . mereka boleh mengubah jenis solekan mengikut tempat dan waktu . mereka juga mempunyai pelbagai produk kecantikan . pencuci muka , toner , pelembap , losyen dan macam-macam lagi . hidup mereka tidak lengkap tanpa tu semua . tapi lelaki ? mereka mana pakai benda tu semua . nampak pelik je kan ? kalau ada pun hanyalah pencuci muka dan krim muka . tak banyak kan ? huhu .




so , dah cukup 10 sebab tu ? setiap sebab tu semuanya ada macam-macam kelebihan yang kita tak nampak selama ni . mungkin tak semua yang aku sebut tu kaum perempuan lain alaminya . cuma aku just bagitaw apa yang aku rasa sebagai perempuan dan apa yang aku nampak di sekeliling aku . bertuah kan kita jadi wanita ? sama-samalah kita bersyukur dengan anugerah itu , alhamdulillah . huhu , kepada kaum lelaki , anda bagaimana ? setuju dengan kata-kata aku ? tak apa , korang pun buatlah post pasal keistimewaan anda menjadi lelaki . aku pun nak tahu juga ni , teruja nak tahu semua tu . anda pun mesti ada 1001 keistimewaan . pape pun aku minta maaf kalau ada ayat aku yang kasar dan buat sapa-sapa terasa . sebelum out dari blog aku , komen la sikit . hehe , jumpa lagi . (:

Saturday, 17 December 2011

3D chalk sidewalk ! awesomeee :D

Hari ni aku nak share dengan korang koleksi-koleksi 3D art . haa , biasanya bila sebut 3D ni kita duk bayang yang dalam tv tu . alaa yang kena pakai glasses khas nak bagi nampak gambar tu betul-betul macam keluar dari tv tu . yang tu 3D mengunakan teknologi canggih . tapi 3D yang aku nak kongsi hari ni tak ada kaitan langsung dengan tv . seratus peratus dari hasil tangan yang menggunakan kapur dan beberapa bahan lagi . 3D yang aku maksudkan ni ialah 3D art sidewalk yang diusha kan oleh pak cik (ehh pak cik ke ?) iaitu Julian Beever . mungkin nama ni tak famous kat Malaysia , tapi uncle ni sangat terkenal di beberapa negara . terkenal kerana lukisan yang dihasilkan oleh beliau kelihatan seperti hidup dan sangat menakjubkan . antara lokasi yang telah dijadikan tempat beliau menghasilkan bakatnya yang super power ni ialah di England , France , Germany , USA , Australia dan Belgium . beliau mula mengorak langkah dalam seni 3D ni pada pertengahan tahun 1990 . banyak lukisan-lukisan 3D beliau yang telah menarik perhatian beribu-ribu orang di seluruh dunia . kalau korang nak tengok lukisan ni betul-betul hidup kenalah melihat pada sudut yang tepat , barulah nampak ke-3D-an nya itu .


inilah dia 'beliau' yang aku maksudkan tu .
hensem tak ? ehh tak hensem ? tak apa , yang penting ada bakat yang power . :D





terus terang aku cakap , aku memang jeleous dengan dia . why not ? aku kan peminat fanatik bidang seni ni . oppss bidang seni yang aku maksudkan just seni lukisan je , not seni lakonan ke hapa ke . haha . bila tengok lukisan - lukisan beliau rasa jeles tetiba . kalau boleh aku nak camtu jugak . tapi mustahil lah , bukan calang-calang orang nak ada bakat yang menakjubkan camtu kan ? tapi memang bab-bab lukisan ni aku minat dari kecik lagi , sebab tu time SPM dulu aku ambil subjek pendidikan seni . dapat A woo ~ ecehh berbangga pulak , haha . sorry , tak ada kerja betul aku ni . ok la , dah banyak aku pot pet - pot pet pasal pak cik ni . jom kita usha lukisan - lukisan beliau yang super power ni . layan ~ ~ ~



1. Caution , a big hole on the road !






2. A big baby on the road :D


3. In the water











Italic 4. Christmas time ! :)



5. " Please help me ! "











Amazing , right ?? aku tengok gambar-gambar ni semuanya dengan bunyi , " woooo ~ :O " sangat menakjubkan ! tabik spring la ke uncle Julian Breeve ! :D
wuhhuuu ~ bila nak datang Malaysia ? hehe

Wednesday, 14 December 2011

Sedih itu anugerah



Korang pernah rasa SEDIH ? mesti pernah kan ? kadang-kadang ada juga perasaan sedih ni datang tanpa sebab . ramai antara kita bersungut bila perasaan sedih datang menyapa . tapi kita harus sedar sedih itu satu anugerah . sebab bila sedih kita akan lebih ingatkan Allah . so lepas ni kalau korang sedih-sedih jangan fikir bukan-bukan lagi taw . ok lah , jom berbalik semula pada cerita sedih aku tadi . hari ni aku nak kongsi sikit tentang sedih pasal cinta . tak kisah la sedih sebab cinta tak terbalas ke , sebab gaduh ke , sebab putus ke , sebab salah faham ke , yang penting sekarang aku nak cakap pasal sedih sebab cinta . aku tahu bila sedih sebab cinta ni memang perit kan ? ecehh ~ guna ayat jiwang pula . maaflah kalau ayat aku yang seterusnya jiwang semacam je , huhu .

berbalik kepada cerita , hari ni aku sedih sangat . memang aku sedih pasal perkara berkaitan dengan hati a.k.a cinta . tapi aku tak nak berkongsi sebab dan kenapa aku rasa sedih semacam . actually aku rasa sedih ni dah berhari-hari , tapi baru hari ni aku berani nak meluahkan . mungkin dah tension pendam sorang-sorang . bila korang gaduh dengan boyfriend korang , diaorang memang susah nak mengalah . biasalah kan bila gaduh je LELAKI memang sukar nak mengaku salah . mungkin sebab ego mereka yang terlalu tinggi . ehh salah ke aku cakap ? maaf kalau aku tersilap , aku cuma bagi pendapat .

tapi kalau sebut lelaki je mesti berkaitan dengan ego & bila sebut perempuan je mesti berkait rapat dengan air mata . sebenarnya perempuan menangis bukan sebab suka-suka or nak minta simpati . ramai lelaki bila dengar perempuan menangis mesti sound , ' alaahh , dah start dah . sikit-sikit nangis ' . uehhh , tak baik cakap camtu woo , terasa hati tahu tak ? kitaorang perempuan-perempuan ni bukan nya sengaja nak menangis . tapi bagi aku la kan , aku suka menangis bila aku ada masalah . sebab lepas aku menangis , aku boleh jadi lebih kuat dan berfikiran positif . jadi lelaki-lelaki , jejaka-jejaka , abang-abang , pakcik-pakcik di luar sana , lain kali jangan sound camtu lagi taw . terasa beb ayat tu . haha , bukan senang perempuan nak menangis semata-mata untuk anda . mereka menangis sebab terlalu fikirkan anda dan dia sangat takut sesuatu perkara buruk berlaku antara dia dan anda . faham kan maksud tersirat aku ? jadi hargai lah seadanya .

ok lah , aku tak nak cakap panjang pasal menangis ni , tak syok pula . aku just nak share pada korang tip-tip nak hilangkan kesedihan . tapi sebelum tu , anda perlu ingat . kita sebagai orang Islam kena sentiasa sabar dengan segala masalah . jangan lupa bahawa kita masih ada ALLAH yang sentiasa ada mendengar dan membantu kita . sebelum tu , mari aku kongsikan satu sabda daripada Rasulullah SAW :



" Jagalah apa yang diberikan Allah serta janganlah berputus asa. Jika engkau ditimpa musibah, maka janganlah berkata: “seandainya aku begini dan begitu”, tetapi katakanlah, “ini adalah taqdir Allah dan Dia mengerjakan apa yang dikehendakiNya”. Jika engkau mengatakan perkara itu, bererti membuka peluang untuk syaitan.
"


so lepas ni jangan sedih-sedih lagi taw . dan paling penting jangan pernah rasa menyesal bila masalah tu datang berpunca dari perkara yang kita buat :)


ok, jom kita usha tip-tip di bawah , harap-harap membantu serba sedikit :



1- Bila bersedih, tengoklah drama lucu, komedi atau baca cerita lucu, melalui tv ataupun internet, paling best try tengok video yang lawak-lawak di youtube..
2- HMM, tak guna terus bersedih, yang penting disini, teruskan hidup dan binalah mood ceria seboleh bolehnya, kalau nak ceria, kena lah happening dengan apa yang kita buat,.
3- Pergi bersukan atau berjogging, cara ini dapat releasekan tekanan sebab kesedihan korang tu, jangan lupa mencuba k.
4- Makan makanan yang dapat happykan korang, makan la makanan apa yang suka, hak masing-masing, tetapi kena ingat, jangan berlebihan, bimbang akan memudaratkan diri di kemudian hari, banyak makan buah takpe, sebab ada vitamin ;)

5- Cari kawan untuk luahkan kesedihan, atau orang yang korang percaya.. kekasih ke, famili ke, kawan ke.. yang penting luahkan, korang akan lega sebab dah kuarkan sedikit perasaan sedih tu, memang tak hilang dengan sekejap, tapi sekurang-kurangnya korang cuba yang terbaik!

6- Bila sedih, jangan ingat benda tu lagi, buatkan diri korang sibuk dengan kegitan harian, aktiviti yang korang sertai ke, biar diri sibuk, bila kita sibuk, kita akan melalui pengalaman masa, dalam masa tu, kita akan dapat kawan, fikiran kita pun tak tertumpu pada sedih...kan?
7- YANG UTAMA SEKALI, mestilah berserah pada Allah Taala dan berdoa semoga korang sentiasa ceria dalam membawa diri di dunia ini, korang selalulah sembahyang supaya hati menjadi terang dan tenang. insyallah .aku nasihat pada diri aku sama . aku pun manusia biasa ;P





kejap-kejap ! sebelum korang habis baca post ni , aku nak kongsi lagu-lagu yang aku selalu layan kalau aku sedih . aku ni memang degil , time sedih pun nak layan lagu sedih-sedih , makin broken la jawabnya . huhu . tapi lagu ni lebih kepada lagu-lagu orang putus cinta je la . apa lagi , layann ~~


*sila klik pada tajuk lagu untuk mendengar lagu tersebut . anda pasti suka lagu-lagu ini . thanks :)

1. Jar of Hearts - Christina Perri
2. Patah Seribu - Shiela Hamzah
3. Apalah (Arti Menunggu) - Raisa
4. Wish You Were Here - Avril Lavigne
5. Kesepian - Vierra
6. Tear Us Apart - Nadhira ft Ron E
7. Pergi Saja - Geisha
8. Kisah Hati - Aliyah