thanks sweetie ! :)

Explore it

Wednesday, 28 September 2011

antara dua pilihan

dulu masa form 5 aku ingat lagi yang aku tak kan datang lagi ke sekolah menengah aku . seingat aku , time ambil paper last in spm 2010 , masa tu paper PSV2 . hari tu la aku & the gang paling happy sebab lepas ni tak kan ada lagi baju sekolah , kasut sekolah , buku-buku boleh past ke adik & macam-macam lagi . tapi entah mana lah silapnya tup-tup aku ada balik kat sekolah tu lepas ambil reslut spm . orang lain kebanyakkannya dah berhijrah , merantau ke luar . matrik , universiti , kolej , politeknik & macam-macam lagi . tapi aku duk mana , sekolah je . hehe , tak gi la jauh-jauh .



tapi aku tak pernah kesal dengan rezeki aku . ok la , aku mengaku . awal-awal tu memang tak dinafikan ada juga perasaan sedih , keciwa , broken heart gitu . ecehh , macam putus cintan plak . lebih kurang camtulah gambaran perasaan aku . emo jugak la sehari dua , lepas berkurung barulah boleh fikir positif balik . mungkin Allah dah atur sesuatu untuk aku suatu hari nanti . aku yakin Allah lebih tahu kemampuan aku . mungkin aku tak mampu nak ikut rentak belajar di matrik & asasi . aku dengar ada juga yang dari sekolah top-top pun masih anggap matrik itu sukar . sapa tau kalu aku pergi sana awal-awal lagi dah kena buang kan ? hehe , bukan berfikiran negatif , tapi perkara tu hanyalah kemungkinan . tapi aku tau kawan-kawan aku yang duk matrik tu alhamdulillah masih boleh ikut cara belajar di sana . buktinya sampai sekarang mereka masih di sana . result pun boleh dikatakan gempak gitu . :D ok lah , dah-dah , kita tutup pasal matrik . buka buku pasal form 6 balik .



jom aku story serba sedikit tentang kehidupan aku time form 6 nie . dalam 3 bulan lebih nie , aku dapat rasa yang belajar di form 6 nie tak la terlalu sukar . malahan aku rasa happy sangat time belajar subjek-subjek stpm nie ; Pengajian Am , Ekonomi , Sejarah & Bahasa Melayu . semuanya subjek membaca & aku suka cara belajar camtu . memang ada topik yang sukar , tapi tak adalah sampai sakit jiwa kan , haha . alhamdulillah .



tapi baru-baru nie aku dapat tawaran ke uitm untuk sesi ke-2 . aku langsung tak sangka akan dapat . aku ingat lagi , dulu aku isi just saja-saja , last-last dapat . memang aku gembira & bersyukur , tapi bila dapat peluang nie aku jadi berfikir dua kali . nak pergi ke tak nie ? uitm atau form 6 ? dah berminggu-minggu jugak aku fikir . tiap-tiap hari konfirm fikir benda sama .



dalam situasi pening-pening lalat tu , aku dapat plak berita yang form 6 ada ujian pada 20 sept . aku pun lupakan sekejap pasal tu dan fokus dalam exam . ujian nie sebenarnya biase saje . adab periksa la kan , ada senang ada susah . paper paling happy aku jawab sudah semestinya subjek sejarah :D syukur sebab aku dapat sejarah paling tinggi dalam kelas , BM oun aku dapat ok walaupun duduk di tangga kedua tertinggi dalam kelas . Thanks to Allah for all of this . tapi aku tak nak rasa selesa sebab aku takut jadi malasss . lepas exam tu aku sambung fikir balik pasal tawaran tu .



'' uitm ....... form 6 ?
uitm ....... form 6 ?
uitm ....... form 6 ? ''



lepas fikir masak-masak , kaji mana yang elok mana yang kurang , akhirnya aku terdetik dah . aku rasa nak duduk form 6 je lah . cikgu pun cakap nak masuk U nanti lebih senang . actually banyak lagi kebaikan form 6 nie , tapi malas nak cerita . takut nanti orang cakap aku berbangga masuk form 6 . ehh yela , memang saya bangga masuk form 6 , hehe . :p tak kisah la orang cakap form 6 tu 'komang' ke , 'low class' ke , ada aku kesah ?? kita tengok sapa yang lebih berjaya lepas nie ok ? just wait & see babe . muahahah , terover plak , maaf ye ;)



hmm , insyaAllah aku stay kat sini . harap keputusan aku nie tak berubah dah . dan aku harap pilihan aku nie tak salah . aku yakin Allah sentiasa tolong aku . mama & ayah aku serta adik beradik aku sentiasa sokong aku dari belakang . thanks so much my darling semua . :')



No comments: