thanks sweetie ! :)

Explore it

Wednesday, 21 December 2011

Bertuahnya insan bernama wanita . Alhamdulillah (:


haa , dah baca title post aku untuk hari ni ? apa pandangan anda ? setuju dengan kata-kata aku ? ok2 , yang perempuan mestilah setuju , yang lelaki pula mesti ada yang cebik semacam je kan . sorrylah , aku just bagitaw apa yang aku rasa . ye la , aku kan perempuan , mestilah aku rasa bertuah dilahirkan sebagai perempuan . alhamdulillah , aku bersyukur sebab jadi perempuan . sebab tu aku hairan kenapa dunia zaman sekarang masih ada perempuan yang nak bertukar menjadi lawan jenis mereka ? tidak kah mereka sedar menjadi wanita itu suatu anugerah yang tak ternilai ? ecehh , ayat sastera semacam je aku guna . tapi memang tulah dunia akhir zaman . lelaki mahu bertukar menjadi wanita dan wanita mahu bertukar menjadi lelaki . tidak bersyukurnya manusia seperti ini . nauzubillah . aku minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan ayat aku .






oklah , jom aku share dengan korang sebab apa aku kata jadi wanita itu sebenarnya bertuah ? jeng-jeng-jeng . sabar-sabar . sebelum tu pada kaum lelaki jangan marah ye dengan post ni . haha . aku just berkongsi apa yang aku rasa sepanjang jadi perempuan ni . tak ada niat nak bagi mana-mana lelaki terasa . huhu . jom baca post kat bawah nie . layan ~~


1. wanita boleh menangis di mana-mana dan bila-bila masa sahaja . sebagai contoh , semasa menonton filem touching , perkara normal bila mereka menangis . tapi lelaki ? makk oii , ganas luaran je dalam hati ada taman . nangis tersedu sedan macam budak kecik , tak sesuai dengan badan langsung . hihi




2. wanita boleh berfesyen dengan macam-macam fesyen . fesyen baju kurung contoh nya , mereka boleh memilih macam-macam corak , warna , jenis dan pattern potongan baju yang mereka mahu . baju kurung moden , baju kurung kedah , baju kebaya dan macam-macam lagi . tapi lelaki ? mereka hanya boleh buat baju melayu . kalau ada pattern pun tak banyak bezanya dengan baju melayu lain . lepas tu corak pula tak boleh yang bunga-bunga , colour warna warni ke . huhu .




3. wanita boleh meluahkan rasa sayang pada individu sama jenis dengan mereka tanpa perlu fikir pandang orang lain . mereka boleh berpegang tangan dengan sahabat mereka , bertepuk tampar dan mungkin juga sewaktu mahu berpisah dari kawan-kawan , mereka boleh ucap " I love you " tanpa perlu segan pada siapa-siapa . perkara tu normal dan tak akan ada yang bersangka buruk pada mereka . tapi lelaki ? bila nampak je jalan berpimpin tangan tak pun wish kata-kata sayang pada kaum sejenis , tak sampai sehari tersebarlah cerita yang kurang enak didengar . sabar jelah , hehe .



4.wanita kaum yang lemah , dan bila mereka berada dalam situasi-situasi sukar mereka pasti akan ditolong . contohnya semasa tayar kereta mereka pancit dan tidak tahu bagaimana mahu menukar tayar tersebut . mereka tidak perlu bersusah payah menguruskan masalah itu . hanya perlu keluar dari kereta , buat muka resah , intai-intai pada tayar dan menakjubkan , tak sampai 5 minit akan ada yang datang membantu . nak-nak kalau wanita yang cun dan cantik , mesti ramai yang berhentikan kereta semata-mata nak tolong mereka . mereka tidak perlu menahan kereta lain dan melambai-lambai tangan , hanya perlu 3 langkah mudah sahaja . tapi lelaki ? ishh , mungkin ada yang akan datang menolong tapi kena tunggu lebih lama lagi lah . tu pun lepas puas duk lambai-lambai tangan dan buat muka sedih . lepas tu yang datang tolong tu pun mungkin akan kutuk dalam hati , " benda camni pun tak reti nak buat . " hehe , jangan marah :p




5. wanita boleh berkelakuan seperti lawan jenis mereka . maksud aku kat sini , wanita boleh bersikap sedikit kasar , minat pada perkara-perkara yang sinonim dengan lelaki macam minat pada motor atau skate board . bila mereka minat benda camtu mereka dianggap unik . wanita juga boleh suka pada apa-apa warna ; hitam , merah , biru gelap . tapi lelaki ? mereka ada warna yang sangat pantang dipadankan dengan mereka iaitu warna merah jambu . kaum lelaki juga tidak boleh berkelakuan seperti kaum lawan jenis mereka . sebagai contoh , suka barang-barang make up , lemah lembut , minat kumpul anak patung dan lain-lain . errr , kelihatan menakutkan , bukan ? pantang buat-buat lembut sikit , confirm kena pulau lepas tu . tapi kalau perempuan bila buat-buat kasar masih boleh diterima cuma dianggap kurang sopan . hehe .


6. wanita boleh hidup berdikari . wanita boleh menjadi seorang kakak , adik dan ibu yang baik . wanita mampu hidup berdikari dan dapat menguruskan diri mereka . sebab itulah seorang ibu itu masih mampu menjaga sembilan anaknya dengan sempurna . mereka juga mampu mengurus rumah dengan baik seperti memasak , mengemas rumah , melipat kain , membasuh baju dan menjaga anak setiap hari . tapi lelaki ? benda camtu paling tak mahir . mungkin ada lelaki yang mampu membuat semua kerja tersebut dalam masa sehari , tapi kenyataan hidup sekarang tak ramai . sebab tu ramai lelaki kena kahwin awal , baru boleh hidup terurus . lepas kahwin akan ada yang jaga makan minum , bangun pagi ada orang tolong kejutkan . huhu , sungguh melucukan .


7. wanita boleh bersikap manja , kebudak-budakan atau pun merajuk dengan sesiapa sahaja . mereka sememangnya mempunyai sekeping hati yang sangat sensitif dan suka dimanjakan . perkara normal bila mana perempuan buat-buat merajuk dan mahu dipujuk . tak kiralah dengan kawan sejenis atau pun berlawanan jenis . malah mereka kelihatan comel bila bersikap kebudak-budakan . ehh ye ke ni ? tapi kebanyakan nya macam tulah . merajuk tu comel , tapi kalau dah selalu merajuk tu namanya mengada-ngada . haha . tapi lelaki ? bila mereka merajuk macam mana ? mereka biasanya guna ayat terasa hati , bukan nya merajuk . bila merajuk nampak tak macho la kan ? huhu . lepas tu mereka just boleh merajuk dengan lawan jenis mereka , sebagai contoh dengan gilfriend mereka , barulah ada yang mahu pujuk . kalau dengan kawan-kawan , alaa go to hell la . uisshh , ayat tak leh blah . =.=



8. wanita ada satu kelebihan yang memang tak mungkin ada pada lelaki . wanita boleh dapat cuti free dengan mudah sahaja :D semua wanita akan mengalami coming moon tiap-tiap bulan . alaa , paham-paham je la pe maksud coming moon tu . bila mereka coming moon , ada sebahagian besar daripada mereka mengalami senggugut yang sangat teruk . so mereka ada alasan kukuh nak minta cuti dan tak hadir ke sekolah , kuliah atau pun tempat kerja . tapi lelaki ? errr , jangan kata anda pernah guna alasan nie dah lah . nanti tak saja-saja aku hentak kepala kat lappy . huhu . :p


9. wanita juga tidak boleh dikasari . dikasari kat sini aku nak tekan kan pada kehidupan kat sekolah . zaman sekarang , ada juga wanita yang buat perangai macam lelaki . ponteng sekolah , buli atau apa-apa jelah . tak semua , tapi tak dapat dinafikan memang ada perempuan yang ada masalah disiplin yang biasanya dilakukan oleh lelaki . bila kantoi je , lelaki of course akan di kenakan hukuman rotan . masa tulah gerun semacam je bila bayang rotan tebal 3 inci cikgu disiplin . tapi perempuan senyum meleret , tak perlu bimbang kena rotan . tapi jangan fikirlah anda terlepas , insyaAllah hukuman lain akan menyusul . haha , tulah nakal-nakal lagi ye :p



10. wanita boleh berhias diri mengikut citarasa mereka . mereka boleh make up banyak-banyak . bedak , eyeshadow , eyeliner , gincu , blusher penuh satu beg . pergi mana-mana mesti bawa sekali . mereka boleh mengubah jenis solekan mengikut tempat dan waktu . mereka juga mempunyai pelbagai produk kecantikan . pencuci muka , toner , pelembap , losyen dan macam-macam lagi . hidup mereka tidak lengkap tanpa tu semua . tapi lelaki ? mereka mana pakai benda tu semua . nampak pelik je kan ? kalau ada pun hanyalah pencuci muka dan krim muka . tak banyak kan ? huhu .




so , dah cukup 10 sebab tu ? setiap sebab tu semuanya ada macam-macam kelebihan yang kita tak nampak selama ni . mungkin tak semua yang aku sebut tu kaum perempuan lain alaminya . cuma aku just bagitaw apa yang aku rasa sebagai perempuan dan apa yang aku nampak di sekeliling aku . bertuah kan kita jadi wanita ? sama-samalah kita bersyukur dengan anugerah itu , alhamdulillah . huhu , kepada kaum lelaki , anda bagaimana ? setuju dengan kata-kata aku ? tak apa , korang pun buatlah post pasal keistimewaan anda menjadi lelaki . aku pun nak tahu juga ni , teruja nak tahu semua tu . anda pun mesti ada 1001 keistimewaan . pape pun aku minta maaf kalau ada ayat aku yang kasar dan buat sapa-sapa terasa . sebelum out dari blog aku , komen la sikit . hehe , jumpa lagi . (:

3 comments:

Fatyn Aqila said...

saya bersyukur dilahirkan sebagai seorang gadis..hihihihi

khalifah said...

betul tu..betullllll...bertuah sangat jd perempuan ni.!.:)..

A Girl Like You said...

Yes agreed!!! Bertuah kan jd wanita! But part cuti free tu xsanggup, kalau period pain, rasa xnak pun cuti, just nak hilangkan sakit je! :pp