thanks sweetie ! :)

Explore it

English French German Spain Italian Russian Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Wednesday 14 December 2011

Sedih itu anugerah



Korang pernah rasa SEDIH ? mesti pernah kan ? kadang-kadang ada juga perasaan sedih ni datang tanpa sebab . ramai antara kita bersungut bila perasaan sedih datang menyapa . tapi kita harus sedar sedih itu satu anugerah . sebab bila sedih kita akan lebih ingatkan Allah . so lepas ni kalau korang sedih-sedih jangan fikir bukan-bukan lagi taw . ok lah , jom berbalik semula pada cerita sedih aku tadi . hari ni aku nak kongsi sikit tentang sedih pasal cinta . tak kisah la sedih sebab cinta tak terbalas ke , sebab gaduh ke , sebab putus ke , sebab salah faham ke , yang penting sekarang aku nak cakap pasal sedih sebab cinta . aku tahu bila sedih sebab cinta ni memang perit kan ? ecehh ~ guna ayat jiwang pula . maaflah kalau ayat aku yang seterusnya jiwang semacam je , huhu .

berbalik kepada cerita , hari ni aku sedih sangat . memang aku sedih pasal perkara berkaitan dengan hati a.k.a cinta . tapi aku tak nak berkongsi sebab dan kenapa aku rasa sedih semacam . actually aku rasa sedih ni dah berhari-hari , tapi baru hari ni aku berani nak meluahkan . mungkin dah tension pendam sorang-sorang . bila korang gaduh dengan boyfriend korang , diaorang memang susah nak mengalah . biasalah kan bila gaduh je LELAKI memang sukar nak mengaku salah . mungkin sebab ego mereka yang terlalu tinggi . ehh salah ke aku cakap ? maaf kalau aku tersilap , aku cuma bagi pendapat .

tapi kalau sebut lelaki je mesti berkaitan dengan ego & bila sebut perempuan je mesti berkait rapat dengan air mata . sebenarnya perempuan menangis bukan sebab suka-suka or nak minta simpati . ramai lelaki bila dengar perempuan menangis mesti sound , ' alaahh , dah start dah . sikit-sikit nangis ' . uehhh , tak baik cakap camtu woo , terasa hati tahu tak ? kitaorang perempuan-perempuan ni bukan nya sengaja nak menangis . tapi bagi aku la kan , aku suka menangis bila aku ada masalah . sebab lepas aku menangis , aku boleh jadi lebih kuat dan berfikiran positif . jadi lelaki-lelaki , jejaka-jejaka , abang-abang , pakcik-pakcik di luar sana , lain kali jangan sound camtu lagi taw . terasa beb ayat tu . haha , bukan senang perempuan nak menangis semata-mata untuk anda . mereka menangis sebab terlalu fikirkan anda dan dia sangat takut sesuatu perkara buruk berlaku antara dia dan anda . faham kan maksud tersirat aku ? jadi hargai lah seadanya .

ok lah , aku tak nak cakap panjang pasal menangis ni , tak syok pula . aku just nak share pada korang tip-tip nak hilangkan kesedihan . tapi sebelum tu , anda perlu ingat . kita sebagai orang Islam kena sentiasa sabar dengan segala masalah . jangan lupa bahawa kita masih ada ALLAH yang sentiasa ada mendengar dan membantu kita . sebelum tu , mari aku kongsikan satu sabda daripada Rasulullah SAW :



" Jagalah apa yang diberikan Allah serta janganlah berputus asa. Jika engkau ditimpa musibah, maka janganlah berkata: “seandainya aku begini dan begitu”, tetapi katakanlah, “ini adalah taqdir Allah dan Dia mengerjakan apa yang dikehendakiNya”. Jika engkau mengatakan perkara itu, bererti membuka peluang untuk syaitan.
"


so lepas ni jangan sedih-sedih lagi taw . dan paling penting jangan pernah rasa menyesal bila masalah tu datang berpunca dari perkara yang kita buat :)


ok, jom kita usha tip-tip di bawah , harap-harap membantu serba sedikit :



1- Bila bersedih, tengoklah drama lucu, komedi atau baca cerita lucu, melalui tv ataupun internet, paling best try tengok video yang lawak-lawak di youtube..
2- HMM, tak guna terus bersedih, yang penting disini, teruskan hidup dan binalah mood ceria seboleh bolehnya, kalau nak ceria, kena lah happening dengan apa yang kita buat,.
3- Pergi bersukan atau berjogging, cara ini dapat releasekan tekanan sebab kesedihan korang tu, jangan lupa mencuba k.
4- Makan makanan yang dapat happykan korang, makan la makanan apa yang suka, hak masing-masing, tetapi kena ingat, jangan berlebihan, bimbang akan memudaratkan diri di kemudian hari, banyak makan buah takpe, sebab ada vitamin ;)

5- Cari kawan untuk luahkan kesedihan, atau orang yang korang percaya.. kekasih ke, famili ke, kawan ke.. yang penting luahkan, korang akan lega sebab dah kuarkan sedikit perasaan sedih tu, memang tak hilang dengan sekejap, tapi sekurang-kurangnya korang cuba yang terbaik!

6- Bila sedih, jangan ingat benda tu lagi, buatkan diri korang sibuk dengan kegitan harian, aktiviti yang korang sertai ke, biar diri sibuk, bila kita sibuk, kita akan melalui pengalaman masa, dalam masa tu, kita akan dapat kawan, fikiran kita pun tak tertumpu pada sedih...kan?
7- YANG UTAMA SEKALI, mestilah berserah pada Allah Taala dan berdoa semoga korang sentiasa ceria dalam membawa diri di dunia ini, korang selalulah sembahyang supaya hati menjadi terang dan tenang. insyallah .aku nasihat pada diri aku sama . aku pun manusia biasa ;P





kejap-kejap ! sebelum korang habis baca post ni , aku nak kongsi lagu-lagu yang aku selalu layan kalau aku sedih . aku ni memang degil , time sedih pun nak layan lagu sedih-sedih , makin broken la jawabnya . huhu . tapi lagu ni lebih kepada lagu-lagu orang putus cinta je la . apa lagi , layann ~~


*sila klik pada tajuk lagu untuk mendengar lagu tersebut . anda pasti suka lagu-lagu ini . thanks :)

1. Jar of Hearts - Christina Perri
2. Patah Seribu - Shiela Hamzah
3. Apalah (Arti Menunggu) - Raisa
4. Wish You Were Here - Avril Lavigne
5. Kesepian - Vierra
6. Tear Us Apart - Nadhira ft Ron E
7. Pergi Saja - Geisha
8. Kisah Hati - Aliyah




No comments: